Friday, July 18, 2008

Imbasan I : B@ktif 2008 Puteri-puteri pencinta alam sekitar

Kami semua ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terbabit ..secara berkumpulan dan individu...seperti bahagian pentadbiran SM PAP Hajah Masna (tanpa mereka tidaklah dapat ungkayahkan majlis dan projek / program ini...), Jabatan Alam Sekitar dan Taman Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan, Pusat Kitar Semula Daikyo, semua sekolah-sekolah yang dijemput...semua hakim yang dilantik...semua jemputan, guru-guru, kerani-kerani, kakitangan perpustakaan dan ahli jawatankuasa ..terdiri daripada prs dan prefek SM PAP Hajah Masna...semuanya amat berjasa bagi kami..semoga Allah SWT akan membalas jasa biskita semua...dan semua kita diberkati bagi tujuan murni ...untuk mengingatkan sesama kita bahawa isu alam persekitaran khususnya pembuangan dan pengendalian sampah dari rumah mestilah diberikan banyak perhatian dan pemedulian. Semoga kita berjaya merealisasikannya. Imbasan dalam bentuk koleksi gambar-gambar untuk dikongsikan bersama: 16 Julai 2008 - Pasukan b@ktif p3as menerima penghantaran projek rekacipta `garbage design" dari guru opengawas projek SM Berakas sebelum hari pelancaran... Pagi, 7.30 - 7.45 pagi - 17hb Julai..Hari Pelancaran dimulakan dengan penerimaan wakil-wakil sekolah jemputan yang bertanding : SR Dato Marsal, SR Datu Mahawangsa, SR Dato Othman, SR Dato Basir dan SR Lambak Kanan Jln. 49. & Menengah - SM Berakas, SM Rimba, SM Sultan Syarif Ali, SM PIHM Serasa dan SM Sayyidina Abu Bakar.....lancar dan ceria!7.45 pagi : Penerangan akhir bagi semua AJK pendamping protokol bagi melancarkan semua perjalanan aktiviti majlis- iaitu lawatan sambil belajar ke Daikyo Recycling Centre di Serasa!
7.50 pagi - 8.30 pagi - lawatan sambil belajar di Daikyo Recycling Centre bermula...ketika hendak bertolak menaiki bas yang diaturkan..semua berjalan lancar! Alhamdullilah !
Tempat dilawati...semua penuntut dan guru yang dibawa merasa satu kelainan...pengalaman baru dan tidak dapat mereka gambarkan dan bayangkan...mereka akan mengongsikannya pada kawan dan keluarga! Perbincangan bersama rakan sepasukan untuk menyelasaikan pertandingan tugasan mengambil maklumat mengenai pengitaran semula barang buangan di lokasi. Tunggu...for another latest news and story....see you...Assalamualaikum wbh!

We can grab the green back.

We can grab the green back.